Selamat Ulangtahun Mak

happy-birthday-mom

Mak, happy birthday untuk mak yang ke 66 hari ini. Saya doakan Mak dikurniakan kesihatan yang baik setiap hari. Memandang wajah emak ketika ini, menimbulkan rasa sayu dan belas yang amat sangat, sebagaimana Mak pernah  mengasihani saya semasa saya kecil dahulu. Mak, sakit yang datang itu ujian dari Allah, saya harap Mak kuatkan semangat menempuh hari hari yang tidak sihat ini dengan tabah dan Mak tak perlu risau, kerana abah sentiasa ada di sisi Mak. Setiap dari kami, anak anak mak, sentiasa mendoakan kesihatan Mak dari kejauhan ini sebagaimana Mak mendoakan kesihatan kami dari kecil dulu hingga sampai saat ini. Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani, Kau berilah kesihatan pada emak ku dan hindarkan segala yang menggangu kesihatan dan perasaan dia. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...