Ke mana tumpahnya kuah..

Aku mula memakai spek mata ketika berumur 23 tahun, beberapa tahun sebelum itu memang penglihatan aku sentiasa kabur, tetapi dek kerana ingin mempertahankan kehenseman, terpaksalah aku meraba raba seketika…

Sebulan yang lepas aku bawa Nadhira ke Hospital Mata Tun Hussein Onn ni kat Petaling Jaya. Aku pernah ke sini 15 tahun yang lalu bawa abah menjalani pembedahan Katarak Mata. Aku sampai petang dan kebetulan cuti CNY masa tu, so lengang ler sikit keadaanya. Tapi lengang lengang pon sampai 4 jam lamanya aku ’sangkut’ kat sini..

Nadhira mula mengadu pedih pedih mata ketika alam persekolahan bermula, dia tak mengaku yang dia rabun, sebab aku tau yang dia trauma nak pergi hospital jumpa doktor. Jika korang semua tahu kisah dia ketika usia dia baru memanjat 7 bulan dulu..tragis juga. Dan lama nak bawa dia ke sini, tapi barulah masa ni ada peluang, kebetulan Nadhira juga mempunyai masalah juling sedikit pada mata sebelah kirinya itu.

Ujian ‘power’ di lakukan dan memang sah dia rabun dan mata sebelah kiri mempunya ‘power’ yang lebih tinggi berbanding mata sebelah kanan. Waktu ni kami masuk anak beranak seramai 5 orang demi untuk memastikan Nadhira tidak ketakutan dan juga untuk memastikan dia mendapat kaedah rawatan yang betul. Nadhirah tidak pasti untuk menyebut huruf yang dia lihat dan doktor memberikan pensil dan kertas untuk dia menulis pada apa yang dia lihat.

Dan doktor mengesahkan yang dia perlu untuk memakai cermian mata dan sejenis pelekap perubatan untuk membantu memulihkan tahap kejulingan tidak tetap mata sebelah kirinya itu.
alaa comei nyer dia pakai spek..
8-)
[Reply]
Hmmm apakah pakai spec ni all the solution? atau perlukan pembedahan?
[Reply]
Encik Hashim, Nadhira mempunyai masalah apabila memfokus jarak jauh, retina mata kiri itu akan lari(juling)sekali sekala. Retina mata kiri itu mencapai tahap kemalasan berfungsi. Mungkin ‘power’ pada retina yang terlalu tinggi menyebabkan kerabunan dan juling. So retina mata kanan yang sihat itu perlu membantu. Spek boleh membantu dari segi power tetapi ‘exercise’ perlu dengan menutup mata yang sihat supaya retina yang tidak sihat itu bergerak kerja sendirian. Doktor memberi jangka masa tertentu untuk exercise itu, jika tidak pembedahan perlu di lakukan.
[Reply]
nadirah dengan kanta mata nampak comel sekali ..
[Reply]
comel ke?
comel macam bapak dia kan..hahaha
[Reply]
simpati saya kat nadirah tu. saya stat pakai spek umur 14thn.mak+arwah ayah saya pakai spek. so, kitorang adik beradik suma pakai spek. tapi saya rasa adik bongsu saya macam x perlu pakai spek. sebab kitorang suma stat pakai time sekolah. skang adik saya tu dah lepas spm masih lagi x pakai spek. rasa2 nya dia pakai spek x akan datang kalo mengikut gen?
[Reply]