World Footballer of the Year

Cristiano Ronaldo, berasal dari Portugal dan bermain untuk kelab Manchester United adalah pemain pertama dari English Premier League yang memenangi FIFA World Player of The Year, anugerah paling berprestij bagi seorang pemain bolasepak di dunia ini. Untuk rekod, belum ada lagi pemain dari benua Asia yang memenangi anugerah ini termasuk manusia dari Malaysia. Untuk rekod juga pemain dari La Liga iaitu liga dari Sepanyol dan Serie A iaitu liga Itali yang mendominasi anugerah ini setelah sekian lama. Sebagai seorang ‘kipas susah mati’ pasukan Red Devils, aku mestilah berbangga dengan pencapaian anak muda berusia 23 tahun ini yang menjaringkan 42 gol pada musim 2007-2008 termasuk memenangi Liga Juara Juara Eropah, Liga Perdana Inggeris dan Juara Kelab Dunia musim itu bersama Manchester United. Kelab seteru utama MU (tak perlu sebut nama) pasti mencemburui pencapaian Ronaldo dan kelab terbaik dunia ini, dan bilakah agaknya pemain mereka akan memenangi anugerah ini, aku belum pasti, mungkin tahun 3000 kot? hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...