Cuti hujung tahun aku di mulakan di negeri Pulau Mutiara pada 27 Disember 2008. Plan asal ialah percutian ke Pulau Langkawi pada hari Ahad 28 Disember sambil singgah kat Changlun, Kedah. Oleh kerana perjalanan ke Changlun (rumah kawan) mungkin ambik masa panjang, so aku tukar plan B dengan membuat night stop transit kat Penang sambil ‘menjejak kasih’ bekas kawan karib yang info terakhirnya sudah pulang ke kampung asal kat Sg.Nibong, Pulau Pinang. Dari Kota Damansara aku gerak mula pukul 1 tengahari Sabtu dan sampai kat Penang pada pukul 5:30 petang. Gambar tu ambik guna PDA pasal kamera aku dandan kehabisan bateri dan entah kenapo imej jadik gelap plak ketika melintasi area jambatan kebanggan Pulau Mutiara.

Ni rumah Tok kawan aku dulu, rumah ni juga meninggalkan nostalgia yang bukan sedikit buat aku. Kenangan sewaktu aku bujang dulu 3 kali mengikut kawan aku tu pulang bercuti di sini, sambil merayau mengelilingi seluruh Pulau Mutiara dan paling best, ibu bapa aku juga pernah bermalam di sini sewaktu kami berempat ke Pulau Langkawi pada tahun 1994. Malangnya kawan aku tadi tidak dapat aku temui di rumah ini dan menurut mak sedara dia yang tinggal di sini, dia sudah pindah pula ke Melaka, rumah mertua dia. Tok (perempuan) sudah meninggal dunia manakala mak kawan aku tidak tinggal di sini, sebaliknya tinggal dengan abang kawan aku tu kat Kelang. Terima kasih kat mak sedara kawan aku ni kerana masih mengingati aku dan layanan baik yang diberikan.
Selesai kat Sg.Nibong aku dicadang untuk pergi melawat Pesta Penang berdekatan, tetapi hanya lalu kerana masa tidak sesuai apatah lagi kami masih tiada tempat untuk menginap malam itu. Setelah 2 jam meronda berpusing pusing macam gasing kat bandar Georgetown mencari hotel untuk bermalam, nasib kami baik kerana mendapat sebuah Motel dan tidak la kami terpaksa tidur di dalam kereta, kerana semua hotel yang kami tanya semuanya ‘fully booked’, maklum ler hujung minggu, hujung tahun dan cuti sekolah. Setelah kepenatan berjalan seharian, malam itu kami melepak kat Padang Kota Lama bersiar siar sambil melihat orang bermain layang layang dan menikmati angin laut yang mendamaikan.
Pagi Ahad yang ceria pabila terbuka jendela Motel menghadap laut. Aku kena bersiap segera untuk ke Changlun dan seterusnya ke Kuala Perlis.
Posted by

Halym
Posted on
January 3rd 2009
Filed under
Uncategorized
Tags
yehaa..bercuti sakan ko.
[Reply]
waduh ..pnDak
cantik nye foto2..
sesetengah gambar spt tiang jejambat, pesta & rumah tok nampak klasik..
[Reply]
You these things, I have read twice, for me, this is a relatively rare phenomenon!
Personalized Signature:????,?????,????,?????,??4???
[Reply]
assalam… slamat thn baru ;o)
wah wahh jauh bjln baper hari baper mlm punyer holiday ni..
tak gi langkawi waterworld ker bro… tang beras tebakar tu mmg dari dulu seploh thn lepas aku g pon ‘dah tggal skit sgt’ (statement yg sama).. aku rase beras tebakar tu mmg dah pupus lama dah diorg main tabur2 jer tiap kali pelancong nak dtg… kalo tak tadak tarikan laa ;o)
[Reply]
fUH…..
sALAM mUHHARAM KEPADA eN hALYM sEKELUARGA
pENANG, lANGKAWI, cAHNGLUN, sEMUA bALUN hABIS..
sERONOKNYE bERJALAN jALAN BERSAMA kELUARGA
[Reply]
Zairi:- sakan tapai kopak..ekeke
Abang:- i like photography..hehe
caucincau:-sapa pulak cine yang komen tuh?
Vector:- 3 hari 2 malam jek
Hashim:-lebih dari seronok, doploh, tige ploh ronok..
[Reply]
Rindu Penang…..
[Reply]
rindu mamak nasik kandar ke? muhehehe
[Reply]
lorrrr
aku pon bercuti kt penang gak, bt feringghi
cuma lain tarikh je
aku pi 18 – 21 dis
x cun la amik gambo jambatan
ada construction
eheheheh
[Reply]
ni p cuti2 ke pi hanimun ni?
nmpk gayanya Danish bakal dpt adik la
kalau bukan made in Penang, mungkin made in langkawi
hehe
[Reply]
bes:- sebab tu PDA aku dia auto-understood, tang construction tu dia jadik gelap..ekeke. tapi jem tak hengat kat situ ritu, mencikkk
huh, tu ler pasal kan, kalo tak Made in Penang , Made in Changlun pon OK gak..wakakakaka
[Reply]