Jefri ni serba boleh..

Ada gaya pulak tu..Dia boss aku, boss yang rugged, boss yang warak, boss yang sporting, punya knowledge yang tinggi bab engineering. Apa lagik? dia mempunyai moto sport-touring paling besar dan paling laju di dunia, klik sini sebagai bukti yang dia ni hebat. Aku cukup bangga kerana dia juga meminati muzik, minat dia cukup mendalam kerana kat bawah meja dia memang ada sebijik gitar tong. Biasanya Jeff akan memainkan satu lagu bila saat tensen membelenggu, bermula dengan petikan slow-rock lepas tu chorus siap goreng !! Dan hari ni tiba tiba dia keluarkan flute pula, tiba tiba dia masuk bilik aku lalu meniupkan irama instrumental dengan satu lagu syahdu. Nak tau lagu apa..? lagu Ayah dan Ibu, Sudirman!! Huh, tetiba berkias macam dia tetau je dah hampir 3 minggu aku tidak bertemu mak dan abah.. huwaaa.
Ini cara yang betul meniup flute..kata Jefri. Aku dok belek menatang ni, ada cop YAMAHA, rege pulak kata Jeff mencecah 2K. Tapi aku tak berani nak tiup, nanti keluar bunyik lain pulak..ekeke. Lepas ni Jeff kata nak bawak piano dia yang kat rumah tu pulak, ceh eksen betul boss aku sorang ni, korang ader ke boss macam yang aku ada ni? hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...