Langit bulan Disember tidak mampu cerah lagi..terik sekejap, gelap mendung lalu merintik hujan. Kelmarin hari raya korban, bumi dibasahi seawal 4 pagi, membawa ke tengahari, menyinggah petang sehingga ke tengah malam. Sesuatu yang amat jarang terjadi, oh! itu rahmat Allah buat semua hambanya. Fitrah hamba harus akur, biar setinggi nyior ombak menggulung, hidup tetap terus walau datangnya satu persatu, kita tepis kita elak selagi terdaya. Semakin hampir tirai 2008 dilabuhkan, semakin acap kita diduga, kesabaran benar benar teruji dan pengorbanan bagai ditagih tagih. Alhamdulillah bersyukur, berat kita rasakan ujian itu, lebih berat lagi ujian pada hati yang lagi satu. Sebesar mana pun ujian itu, tetap kita jumpa jalan penyelesaiannya berkat pertolongan dan ehsan Allah swt. Kalimah sabar yang kita tatap pasti tetap kita pegang erat. Pengorbanan yang disemai harus kita yakini mampu membuah hikmah yang tak tercapai dek akal fikiran. Ya Allah Ya Tuhan ku yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani terhadap hamba hambaNya. Kau berilah pertolongan buat kami insan yang serba kerdil ini Ya Allah. Kau tetapkanlah hati hati kami Ya Allah, kau berilah petunjuk pada kami yang serba kurang ini Ya Allah. Hanya pada Kau kami memohon dan meminta pertolongan Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.
Posted by

Halym
Posted on
December 10th 2008
Filed under
Uncategorized
Tags
lain macam entry bang lym kita semenjak dua menjak tiga menjak nih…
ayat mmg tahap kasta yang tertinggi neh….
insaf….insaf…insaf…
[Reply]
saja nak test power,
tapi kami mmg di timpa ujian 2,3 minggu kebelakangan ini..
sabar…sabar…sabar
[Reply]
PAsti ada hikmah pada setiap ujian nya… InsyaAllah semoga sedara Halym mampu menghadapinya dengan tabah
[Reply]
TERIMA KASIH BRO,
sukungan anda amat saya hargai.
menetap kat INDIA terus ke apa ni?
tak balik balik….mencikk
[Reply]
Duk sini best oooo… Makan murah internet caj murah…. Astro caj murah… Telepon caj murah. Sayur, Ikan pun murah ….
He He He
Lusa 16/12 balik KL
[Reply]
Setelah banyak bantu, pasti hati pnDak lega dan bahagia..
[Reply]
hashim:- patut ler, jangan luper putu mayam k..hehe
bang:- pasti ada hikmah selepas ini
[Reply]