Cameron Highlands, satu satunya destinasi yang belum pernah aku jejaki. Aku panjat ke sini weekend baru ni semata mata kerana Family Day department puan dibuat di Sungai Klah Hot Spring, Sungkai, Perak. Malas nak cerita pasal tempat perkelahan dipunyai Felda tu, ntah hape hape ntah, tak sesuai untuk budak budak, maksud aku anak anak celup tangan dalam air macam P Ramlee celup air nak mandi, sapu mata sikit, lepas tu dah. Jadi, terlanjur dah dekat nak ke Tapah, puan book ler hotel kat Cameron beberapa minggu yang lepas. Alhamdulillah, plan aku berjalan lancar walau dihimpit pelbagai domestic problem seminggu sebelumnya. Cuti tetap cuti, tepat sekali destinasi untuk stay cool setelah reda segalanya.
P
engalaman pertama biasanya agak sukar, se-sukar yang tergambar pada imej yang ini. Bayangkan pendakian dengan jalan berliku tajam, cerun curam, risiko tanah runtuh sambil mengekori sebuah lori hantu bergerak dengan kelajuan 15 km sejam! Aku yang hanya sempat tido 2 jam pada malamnya, mamai pening lalat keletihan sejak kat kolam Hot Spring lagik, rasa begitu amat tensi tahap tali tangsi. Nasib baik naluri Michael Schumacher meresap segera dan dengan pantas aku melakukan satu stunt yang boleh dikategorikan sebagai over-taking of the year!
Mujur pemandangan indah dan nyaman Lata Iskandar ini mengobat hati yang gundah dan tulang belakang yang lenguh. Frust sebab takde rezeki nak berendam kat sini, memang kesukaan aku mandi kat air terjun, perhaps lain kali. Perjalanan mendaki terganggu dek ramai betul pokok pokok tua dan muda yang melambai lambai selamat datang, tu yang sampai ke puncak pukul 4:30 petang sejak mulanya pendakian pukul 2:45 petang, lama kan? Mentari terik memancar di puncak, tetapi aroma dingin meresap hingga ke tulang.
Kuakkan jendela betul betul mengadap pekan Brinchang yang aman dan damai. Hotel Rainbow ni ler satu satunya hotel yang kami dapat untuk bermalam pada malam minggu dengan kadar rm280 semalam. Lepas check-in, perkara pertama dilakukan ialah superman di atas katil, dek terlalu exhausted, aku sempat melelapkan mata sehingga maghrib.


Taktau nape malas betul rasanya nak ke mana mana, lagi best dok lepak dalam bilik nonton TV dan akhirnya aku hanya berpeleseran di pekan Brinchang, shopping ala kadar dan jalan jalan kat ladang Stroberi dan ladang cactus. Sebabnya aku dapat tau yang keadaan jalan amat sesak untuk naik ke atas lagi pekan Brinchang iaitu tempat pelancongan seperti rose centre, butterfly park dan bee farm. Lain kali laa..
Lepas check-in pukul doblas hari Ahad, aku terus je belah turun meninggalkan pekan Brinchang, singgah sebentar kat pekan Tanah Rata beli goreng pisang ngan kueh udang. dan sopping sedikit ole ole untuk dibawa pulang. Singgah juga kat Cameron Tea Valley sambil beli peket teh untuk orang tua yang kaki teh. Perjalanan turun amat mudah diharungi, tak sampai sejam dah jejak ke tanah semula, yang peliknya, mula dari Tapah sampai ke KL, hujan sepanjang perjalanan!
Cameron memang best!.. Awal disember hari tu 4 hari 3 malam pun kami tak puas lagi menjelajah segenap pelusuk cameron highland tu. Masih banyak lagi yang tak dapat pergi sebab hujan. InsyaAllah, cuti sekolah akhir tahun depan nak memanjat lagi! Jom!
[Reply]
meh ler strawberi tuh sket… nak celup lam cokelat.
[Reply]
KasehKami:- memang rasa tak puas betul ronda first timer ni..
nak repeat balik nnt, tapi nak naik dari Simpang.Pulai,Ipoh kot..senang sikit. Matahari memancar terik masa kami kat atas, hujan sesikit jek.
Aboy:- stroberi makan celup aiskrim sedap betul masa kat ats nun..hehe
[Reply]
wahhhhhhhhh bestnya…..mesti sejuk
[Reply]
sejuk macam hidung kucen..hehe
[Reply]
dulu cameron lagi sujuk…kalau cakap siap leh kuor asap..skang nih dah tak sejuk sangat..hehehe
[Reply]
Indahnye panorama .. terutama yang kehijauan tu. Hai Nisya&geng, sejuk ye..
[Reply]
dijah:- eleh, mentang mentang orang Ipoh.seminggu bape kali panjat? ekeke
bang:-pinjam kamera kawan, tu yg gambo ok, budak2 tu mmg suka lah duk bejalan …
[Reply]
gambar kedua.. bawak kereta tak pakai spek? encik sebenarnya rabun jauh ke rabun ayam?
-aku-
[Reply]
itu spek kedua…sun-glasses.
[Reply]
uish best cameron
bila la aku nak pergi
[Reply]
saya akan ke Langkawi via Kuala Perlis 28-30 Disember 2008
[Reply]