Salamz Eid-Adha 1429

Ibadah haji tahun ini serasa begitu dekat di sanubari dek kerana begitu acap berhubungan dengan Tam yang sedang melaksanakan rukun Islam ke 5 di Makkah. Berhubung kerana menyampaikan segala pesan Abah sambil Tam menjadikan semua pesanan itu sebagai revision dalam menyiapkan diri, mengharungi segala ranjau ujian sambil mempelajari erti pengorbanan yang sebenar. Dapat bermesej melalui sms, berbicara di dalam email dan berjaya pula Tam mencapai blog aku, sesungguhnya banyak meninggalkan kesan mendalam buat aku dan alangkah ajaibnya ku rasakan pada dunia di akhir zaman yang serba canggih ini. Semua ini akan menjadi kenangan dan segala kenangan itu terpatri di dalam blog yang serba kurang ini. Insya-Allah, jika dengan izin~Nya, niat di hati telah terpatri jua, cuma masa saja yang akan bisa menentukan. Amin. Selamat ber-hari raya Korban untuk semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...