Tahniah Adeeb !

Adeeb (second from right) yang tersengih nampak gigi tu dengan kawan kawan sekelas.
Baru dapat sms sebentar tadi dari bapak si Nadiah Adibah, dia mendapat result 5A dalam UPSR. Adeeb adalah adik kepada bekas Hang Tuah Moden yang juga telah berjaya dalam peperiksaan UPSR dia. Pak’ndak amat bersyukur dengan kejayaan demi kejayaan buat anak anak buah pak’ndak dalam peperiksaan. Kat ruangan ini aja yang dapat pakndak zahirkan rasa bangga untuk Adeeb, nak esemes kat Adeeb, Adeeb pakai Hotlink (017), Celcom ke Hotlink mahal ooo, hahaha, InsyaAllah jumpa nanti pak’ndak kasik hadiah topap kredit okay? ekeke. UPSR ni kalau tak silap pemangkin result dari sekolah rendah untuk naik ke sekolah menengah. Jika ada rezeki nanti Adeeb boleh ke sekolah berasrama pilihan, dan seterusnya boleh score dalam PMR pula. Tapi apapon sedari awal dulu lagik, dalam ramai ramai, Adeeb nampak sangat berpotensi untuk berjaya dalam bidang pelajaran dan akhir sekali pakndak ucapkan selamat berjaya buat Adeeb untuk peperiksaan seterusnya. Di kesempatan ini juga pak’ndak ingin mengucapkan selamat berjaya buat 2 orang lagi anak buah pak’ndak iaitu kak ngah (Munirah Saadah) dan Kak Mona (Athirah) yang sedang bertarung antara hidup dan masa depan di medan peperiksaan SPM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...