Pengantin Hujan Lebat

Baru baru ni aku menghadiri majlis perkahwinan sepupu dekat Taman Melati, Gombak. Pengantin lelaki itu adalah sepupu aku, dia anak kepada pak’ndak, iaitu adik kepada mak aku. Nampak sesuatu yang luar biasa tak dalam gambar yang aku paparkan? Macam takde pape je kan, kedua mempelai sedang meng’kontrol macho dan ayu masing masing, sedangkan sebelum dan ketika itu……..hehe.
Meh aku cite dari mula..aku bertolak dari rumah lebih kurang pukul 12:45 tengahari, sebelum keluar rumah, aku ada call pak’uda bertanyakan lokasi rumah pengantin dan dia memberitahu secara ringkas simpang mana, rumah macamana dan dia menyuruh aku singgah rumah dia dahulu iaitu port pengantin lelaki. Di sebabkan sudah 30 tahun lamanya aku menetap di Sentul, jadi kalo setakat area Gombak tu kacang je bagi aku..hahaha aku eksen. Pertengahan jalan, aku tukar pikiran, aku nak carik sendiri rumah pengantin perempuan walhal ketika itu aku tanpa kad kahwin, peta rumah pengantin dan langsung tak ingat nama penuh pengantin lelaki, apatah lagi nama pasangan dia. Pak’uda tak sedar sebenarnya aku call tadi tu tektik aku malas nak singgah rumah dia. Sesampai je kat kawasan rumah pengantin perempuan dan setelah dikenal pasti betul, aku pon bersiap sedia untuk mem’parking kereta, tup tup hujan tiba tiba turun dengan begitu lebat sekali. Jadinya aku anak beranak terperangkap dalam kereta selama lebih kurang 20 minit, sambil memerhati ke dalam khemah tetamu yang sedang melantak, aku masa tu sememangnya lapar..mencikk. Tu ler akibat menderhaka dengan pak’uda..ekeke. Bila hujan telah sedikit reda, kami pon keluar dari kereta dan selamba terus je menonong ke khemah makan. Aku tak kenal sapa bapak pengantin, takde orang sambut, jadi aku terus je carik tempat duduk, sedang sampul duit aku dah standby kat tangan. Nasib aku baik, aku ternampak Komeng (sorang lagi sepupu aku) yang menjadi DJ majlis berkenaan dan dari saat itu aku begitu pasti tidak tersalah rumah kenduri kawin. Kami pon mulalah makan, kebiasaan mana mana kenduri kawin aku akan carik nasik putih, tapi kali ni aku boleh ambik nasik berani pulak dalam hujan yang renyai renyai bahasa. Selesai makan, aku ‘terjumpa’ mak dan abang aku di sebelah meja yang lain, rupanya mereka dah sampai sebelum hujan turun lagi, maknanya tadi aku dok makan tak pandang kiri dan kanan..ekeke. Waktu itu rombongan pengantin lelaki belum lagi menampakkan muka, nasib baik tak tunggu depa, kalau tidak alamat lapar ler perut aku. Waktu telah menginjak ke pukul 2:05 petang, sempat aku perhatikan langit dan tompokan awan telah menjadi hitam pekat. Sepuluh minit kemudian pengantin lelaki pon tiba dengan diiringi paluan kompang ke perkarangan majlis dan baru je saat penyatuan pengantin lelaki dan perempuan di lakukan, tiba tiba hujan turun semula dengan begitu lebat seraya aku melihat pengantin lelaki yang dari tadi berjalan perlahan bagaikan ‘catwalk’ tiba tiba memekik “lariiiii….!!” Maka bertempiaranlah juga rombongan cik Kiah pihak lelaki dan begitu juga tetamu di bawah khemah yang sedang kusyuk makan turut menjadi gempar dan kelam kabut. Hahaha gelak betul aku tengok aksi sepontan itu ibarat seperti babak dalam filem. Pengantin lelaki yang sedikit basah selamba terus menuju ke pelamin yang didirikan di laman rumah bersebelahan khemah makan. Tanpa meghiraukan hujan yang turun begitu lebat, maka kedua mempelai dengan begitu sporting, bersanding dengan aman di atas pelamin sambil tidak putus putus tersenyum lega. Sesekali petir dan kilat berdentum kuat mengejutkan suasana. Majlis tepung tawar berjalan seperti biasa walaupon hujan disamping DJ sibuk berceloteh diiringi suara Saloma mendendang lagu Selamat Pengantin Baru. Lamaa hujan turun dengan lebat dan puan sempat berbisik, selagi pengantin besanding dan tidak berganjak, selagi itulah hujan takkan berhenti, sekian lama berdiri berlindung dalam hujan menyaksikan persandingan, aku mengajak puan beredar dan dalam hujan kami berlari ke kereta dan masa dalam kereta aku raba raba poket, sampul duit tadi aku lupa nak kasik kat bapak pengantin, hehe selamat duit aku…wakaka. Akhir cerita, aku sesungguhnya tidak pernah sekali menghadiri suasana majlis perkahwinan yang seperti itu, dramatik je gamaknya dan aku pernah mendengar kisah dongeng bahawa jika apabila pengantin yang bersanding diiringi hujan lebat, maka akan ramai berderetlah anak pasangan pengantin itu nanti..hehe tak tau lah betul ke tak..wallahu’alam. Untung sapa kawen sekarang ni kan musim hujan? ekeke.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...