
Sori, takde idea nak letak entri ape, layan je lah entri ni dulu okay? lagipon kamera aku takde kat tangan, satu satunya
nyawa untuk aku menghapdet blog. Aku mementingkan kualiti tauu, so jangan nak komplen gambo kabur ke aku tak hapdet blog sebulan dua ni. Kebetulan hari ni OFF tak kerja, masuk panggung sorang sorang laa, nak buat apa lagi? Opsss!
maleh la aku nak citer pasal cite James Bond ni, pakai senapang
gajah, tapi entah ape motif yang dia asik nak begadoh entah, asik dia je yang menang, lepas tu kejap kejap bunuh orang, huh padan la muka aku, sapa suruh tengok..ekeke. Boring punya pasal ler ni, dok umah sengsorang, segala kerja rumah aku dah bereskan, ni yang bosan tak kerja pada hari orang lain semuanya bekerja. Kadang kadang aku paksa puan ambik cuti atau
MC hari aku
off day, bukan apa, boleh gakk dia temankan aku kuar jenjalan berdua dan yang penting aku tak kena buat kerja rumah..hahaha. Perasan tak? tahun 2008 ni banyak kali betul aku masuk panggung kan? salah satu sebab mudah ialah rumah aku sekarang ni dekat sangat dengan panggung wayang. Sejak hidup berumahtangga, susah nak carik masa untuk (orang kata) keluar berhibur sekali sekala, (sori aku tak penah masuk disko) sekarang ni dah senang ler sikit, anak anak sedang membesar, maksudnya takde yang still nak
menyusu, kena masuk
buai atau nak kena dukung. Aku dah lepas dah masa masa sukar membesarkan anak yang berstatus bayi, tapi aku sedar hakikatnya aku masih di peringkat awal dalam mendidik dan membesarkan anak. Maksud aku kat sini, sudah ada sedikit ruang untuk diri sendiri laa sekarang, korang paham ke tak ni? dah makin syahdu pulak coretan aku makin lama, susah kengkawan blogger yang majoritinya masih muda
trang tang tang nak paham..ekeke. Dah lama aku tak bermonolog sendirian, tapi best jugak sekali sekala menulis begini, at least buat masa ini dapat juga mengubati rasa
frust terhadap minat asal aku pada lukisan. Oh! ya, kenapa aku tiba tiba teringat pada lukisan? baru baru ini aku melihat pameran lukisan
Imuda di sebuah galeri awam bertajuk Imuda dan 40 wanita. Aku
salute habis dengan dia tu lahh, bukan pasal dia boleh buat duit dengan hasil dia tu, tapi hasil karya dia memang hebat sangat. Kalau nak diimbas kembali, aku sebenarnya terjebak dengan dunia
internet sejak 10 tahun yang lalu, maknanya sehingga sekarang, internet benar benar telah
membunuh segala
interest aku pada lukisan, kerana sebenarnya aku sendiri seorang pelukis dan suka melukis di waktu waktu terluang, cuma bezanya aku tidak menghasilkan karya di tempat awam. Tanyalah pada kawan sekerja, tanya pada keluarga, mereka semua pernah suatu ketika dulu mendambakan setiap dari hasil karya lukisan aku. Kadang kadang aku menyesal dan geram, kenapalah internet diciptakan! Payah bangat rasanya nak kembali kepada minat dahulu, berat, tapi aku akan cuba pelan pelan kayuh mengapainya semula, siapa tahu? doakan ye. Tapi aku rasa berblog juga salah satu hasil seni unik dewasa ini, memblog lebih kepada medan untuk melampiaskan perasaan atau mendiarikan sesuatu
wacana kehidupan. Sebagai contoh terdekat, cuba lihat entri merapu aku kali ini, melihat tajuk dan gambarnya, korang mesti terpedaya dengan buah tangan terbaru aku, tapi ntah hape yang aku kisahkan dalam citer ni langsung takde kena mengena dengan citer terbaru James Bond tu kan? so inilah unik dan hebatnya memblog, aku akan tuliskan apa saja yang terlintas dalam pikiran dan aku tak perlu nak pikir pasal apa yang orang akan pikir tentang tulisan aku..ekeke. Tapi jangan lupa, blogging sebenarnya telah menjadi intipati kehidupan masyarakat
siber sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan aku bersyukur dan berbangga kerana aku telah menjadi sebahagian daripadanya. Aku harap aku tak akan menyesal dengan keputusan untuk tidak menyambung minat di dalam seni lukis dan diharap selepas ini aku akan lebih berbangga dengan hasil karya aku di pentas blogger ini. Jumpa lagi…!
tadak idea pon panjang lebar gak citer… ekao mmg blogger sjati laa bro… gua respek ;o)
[Reply]
Laa..nape la dibunuhnya minat melukih tu?? apsal tak gabung sekali? Ce tengok kat sini : http://www.mangosteenskin.blogspot.com
…leh wat pitih tu… :)
Melukih anugrah smulajadi, memblog ni bakat dibuat2…
…UYI, kembalilah kpd fitrah… kih3
[Reply]
vector:- dah makan ke belum? hehe
khayr:- payah betul nak kembali ke fitrah, internet ni betul2 berantu..i can’t live without it..huhu
[Reply]
Mula mula tgk entri semalam ingat cerita james bond….
baca entri ooo pasal Time …eh .. eh bukan bukan pasal minat lama….
Point No Satu
1. Citer omputih memang cam tu
2. Mungkinkah kerinduan untuk mendapat orang baru kembali timbul kot the he he… Tapi time menjaga baby sehingga 6 bulan paling mencabar bagi aku.
3. Imuda memang best… Walaupun sekarang dikatakan sakit.
4. Sememangnya En Halym berbakat dalam blogging dan orang kata kalau tangan seni takkan hilang bakat tu . so saya suggest dah boring boring tu bolelah kembali melukis… mana tau satu hari nanti buat Pameran Lukisan tajuk 40 orang blogger ke…
[Reply]
bro gi tengok ka….gi tak ajak niehhhh
[Reply]
Saya pun suka org melukis..
nnti bang alym lukih muka saya satoww ekss…
muerkekkekke..
dari org peminta yg tak tau malu,
wakakka..
-dew-
[Reply]
hashim:- sebut pasal kerinduan tu, ni yang buat aku sendu nih..hehe. Teringin jugak nak memain dgn baby baru..huhu. sat aku tanya puan jap..ekeke
*Imuda sudah sembuh dari sakit pelbagai dia, tp yg sedih, dia berpisah dgn isteri dia sedang dia sakit
*payah betul la nak mula melukis balik, skill dah lari sket kot..hehe
cyber:- kat Changlun takdak pawagam ka?..hahahaha
dew:- maap, aku dah tak melukih lagi dah..sudah pencen..lagipon aku lukih muka monyet je selalu..muahahaha
[Reply]
wakakaka ada la..pawagam rumah hehehhe
[Reply]
huh? home theatre ler tu..mencikk
[Reply]