Cendol Leman Dawi

Sapo oghang Seghomban yang tak kona cendol ni den tak ghoti nak cakap apo dah..hehe. Asal eh, cendol ni ateh gerai lori yo topi jalan lamo Seghomban ko Tampin, den yang dok lalu lalang sojak 8 tahun yang lalu sekalipon tak ponah nyinggah. Ponah sekali keto den sikit laie nak cium buntut keto oghang dek sobab sikap pemandu (pelanggan cendol) yang nak beghonti kek situ tak boghi signal, den botul botul paneh hati dan itu la pasal den tak sudi nak nyinggah doh. Sojak 3,4 tahun kebelakangan ni pak Leman dah pindah an gerai dio ke sini (tak jauh) dari tompek asal eh, tompek ni dulu macam R&R kocik yang tak diguno an laie. Ini la kali pertamo den singgah dan den taktau pon namo dio Leman Dawi dan ghupo eh ado sesuatu yang istimewo kek situ yang den tak tau..apa dio?
Macam biaso kalau nyinggah mano mano gerai pon, den tau duduk dan ngoder yo. Puanlah yang keno poie order jiko takdo oghang nak datang mintak order. Ni la pemandangan kek dalam gerai tu, dan daghi mejo tompek den duduk ni, peghati an hujung sanan tu la tompek membuek order dan mengambik cendol. Sodang den duk memerhati keadaan sekeliling, tau tau puan dah datang bawak 2 mangkuk cendol yang di tokok jagung kek dalam eh. Ini la ghupo 2 mangkuk cendol tersebut dan peghati an jugak tu dok ado satu bokeh sos yang berisi gulo meghah, baldi kocik tu mengandungi ais batu dan mug air tu meghupokan cendol extra umpama nasik tambah. Pelanggan buleh sesuka hati yo menambah cendol tadi sehinggo habih. Sepanjang bebeghapo menet den dok lepak makan cendol kek situ, den memerhati dan heran dek oghang yang sentiaso bertali arus datang dan poie. Kojap lori kontena beghonti, kojap lori tangki,van,MPV, teksi dan pelbagai kenderaan lagi, maju boto cendol pak Leman ni ghupo eh.
Tak habih kek situ, ni kek satu sudut pulak terdapek air barli yang diboghi percumo, segalo eh percumo. Eh korang baco la seniri apo yang dikatokan percumo itu kek banner merah tu. Strategi perniagaan ni, patut la mughah rezki Pak Leman..

P/S – Sila bukak kamus dewan Negeri Sembilan atau bertanya kawan atau jiran yang berasal dari N9 sebagai rujukkan untuk mendapat lebih kefahaman ke atas tulisan yang saya paparkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...