Terima kasih~sudi datang..

Menu utama laksa Siam.Menu ke 2 roti jala dan kuah kari ayam resepi orang Melaka.Menu ke 3 nasik impit, kuah kacang Hj.Samuri dan kueh bakar orang Melaka. Taon lepas dah kasik sate, taon ni makan kuah kacang jek, jimat kos..hahaha.Menu ke 4 nasik impit dan rendang ayam Siam.Family Mamat si parang Tajam..hehe.Family Bangah.Khusyuk menikmati hidangan sampai masing masing terpaksa menumpukan perhatian penuh..hehe.

Waduh penat sungguh 3 hari ni..siap ngambil cotik 2 hari mengalahkan kenduri kahwin. Ini baru jamuan kecil kecilan untuk meraikan adik beradik dan keluarga terdekat saja sempena Aidilfitri. Belum lagi aku nak buat open house kasik satu kampung makan. Apapon Alhamdulillah semuanya selesai seperti yang dirancangkan dan syukur jugak takda antara korang yang sakit perut keracunan ke hape sekembali dari rumah aku..ekeke. Semua menu makanan aku order dari kawan kawan yang pakar dalam bidang masakkan import dari Siam & Melaka. Err..tak sempat pulak aku nak ambik gambar cheese blueberry cake import dari Hidayah. Gambar sapa yang tak masuk dalam ni, nasib ler, taon depan sila le lebih sporting. Kepada yang tidak hadir tu, silalah nikmati saja gambar gambar di atas ini, tu lah, biler jemput tak datang, biler tak buat, syibuk suruh jemput datang rumah..ekeke.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...