Menteil~Mania

Aku memang tak ingat dan tak tau tarikh sebenar kenali blogger menteil, tapi kalau tak silap dalam tahun ni jugak rasanya. Nak aku pikirkan gak ke biler? takmau aaa..aku tak suka pikir banyak banyak, nanti sakit mental pulak..ekeke. Aku yakin si menteil pon pasti lupa sejak kapan dia mengenali aku, almaklum menteil minda celaru, siapalah aku di sisi kau yang ramai peminat dan popular pula. Errr..cuma kenapa perkataan menteil menjadi pilihan? kerana aku rasa macam seksi je bunyik perkataan tuh..hehe.

Setau aku, menteil baru je berjinak jinak memblog kan? mental aku kuat mengatakan yang kau seorang forumer dari sebuah forum siber, terjerumus tiba tiba dalam dunia blogging, tup tup blog kau boleh jadi popular sekelip mata kerana kau memang sedia popular di dalam dunia forum, tak gitu menteil? Walau muka baru di gelanggang blogger, kau begitu cepat belajar dan kreatif, blog kau kelihatan unik dalam masa yang amat singkat. Dan aku perhatikan ramai juga blogger lain yang ingin menjadi seperti menteil. Setuju ke tak jika aku kata kau mendapat support daripada pakar untuk men‘decorate rupa paras blog menjadi mantap dari segenap sudut? Atau menteil sendiri merupakan seorang yang sangat bagus di dalam bidang IT?

Perkara pertama yang buat aku tertarik memasuki blog menteil ialah melihat sejumlah komen pembaca yang begitu banyak di dalam setiap entri. So, aku mengukur tahap ke-popular-an blog kau hasil dari komen komen itu. Kalau nak ikutkan bahan dalam entri menteil biasa je seperti blogger lain, tidak terikat dengan sesuatu konsep, persembahan yang santai, gaya penulisan selamba dan tak ketinggalan berbahasa rojak. Menteil aku perhatikan suka juga bermain dengan isu kontroversi kan? Standard laa orang muda, setiap luahan dilontarkan sesedap rasa, kadang kejam terkadang jiwang, lebih kurang aku jugak laa tu kot? tetapi, aku suka. Bagi aku, bahan sampingan seperti men’download lagu tidak begitu penting, menjadi seorang blogger, atau berblog, keutamaan mesti pada tulisan dan apa yang ingin kau sampaikan.

Bercakap tentang komen tadi kan..jika hendak dibandingkan dengan komen di dalam entri blog aku, memang timbul perasaan cemburu yang bukan sedikit. Perkara ini pernah aku ajukan pada menteil buat pertama kali ketika bersembang di ruangan shoutbox. Aku serta merta menjadi salute kat kau tatkala jawapan yang kau berikan sungguh merendah diri sekali, dan secara otometik menteil menjadi penghuni list blogger di dalam blog aku. Begitu mudah aku menilai orang kan? suka hati aku laa..ekeke. Dan sekarang terdetik di dalam hati, di mana rasionalnya minda menteil yang dikatakan celaru itu?

Oh ya, kalau tak silap mental aku ni lagi, ketika aku mula mengenali blog menteil, aku sungguh meminati template blog kau yang berjalur jalur hijau. Maknanya, kau sudah capture pandangan pertama mata dengan layout cun dan ceria itu . Kata orang first impression, tapi memang benar appearance itu penting, justeru dari situ aku menilai jiwa blog kau termasuk diri si empunya blognya sekali..hehe. Waktu itu aku pernah terpikir, alangkah bestnya jika menteil kawan baik aku, mesti kau boleh upgrade‘kan layout blog aku yang ala ala biasa ini..huhu. Satu perkara yang ingin aku suarakan, sejak blog kau kena ‘hack’ di pagi raya, penampilan menteil agak kurang menyengat sekarang ini.

Kau ingat tak yang kau pernah gelak tentang motor pilihan aku, aku sentap sekejap kerana itu, tetapi aku bukan jenis yang simpan di dalam hati. Kau juga yang memberi izin untuk aku mengambil imej ‘Aku Blogger Malaya’ dari blog menteil, terima kasih aku ucapkan. Perangai aku, selalu suka menilai tahap pemikiran dan attitude seseorang yang aku kenali dan kau tak terlepas dari pandangan. Bagi aku menteil seorang yang easy going, unik, telus, baik hati, dan selamba. Ini bukan statement bodek, tapi terbit dari pandangan ikhlas, menilai dari tutur bicara dan respons menteil terhadap aku dan semua orang. Adakah benar aku lebih otai usia satu dekad daripada kau? Lantak pi laa kan..hehe.

Kita lahir dalam bulan yang sama tetapi zodiak kita berbeza, cukup jika aku katakan aku berbintang Scorpio dan sudah pasti menteil berbintang Libra. Manusia yang lahir di dalam bulan Oktober selalunya mesra alam dan kreatif dalam apa saja bidang yang mereka lakukan..betul kan? Sebab itu kau dan aku tergolong dalam kategori popular..haha. Hari lahir menteil dah lepas lamaaa dah, jangan nak mengada ngada, takpe aku ucapkan juga laa walaupun dah basi, ekeke. Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat haaari jaaadiii, selamat hari jadi menteil. Tapi sebagai balasannya, kau nyanyikan juga ucapan selamat hari lahir yang kebetulan HARI INI untuk aku dan disertakan dengan hadiahnya sekali..?!?

Jika ini imej menteil yang sebenar, tak syak lagi kau memang macho..haha. Maksud aku muka kau ni stok boleh jual punya..ekeke. Tapi kenapa reveal imej sendiri seantero dunia? Tapi takpelah, aku dengar sebelum ini ader orang yang dapat cilok imej menteil secara rahsia dan sebarkan, perghh macam artis ler pulakk? So, mana mana awek cun yang nak mengorat menteil dah tak buleh masuk line kan? almaklum kau kan sudah berpunya, kang ada plak kes piring terbang..wakaka. Err..nak tanya, kad kahwin nanti serupa ini ke? jangan lupa jemput aku tau..hehe.

Sebelum aku sudahi, terima kasih kerana blog menteil sering menjadi platform kepada kawan kawan blogger baru yang skodeng blog aku dan seterusnya menjadi sahabat maya. Akhir sekali aku nak ucapkan selamat berjaya buat kau dan semoga blog menteil sentiasa maju dan terkenal sehingga pelusuk planet dan bukan hanya di planet bumi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...