Apabila menyebut negara Argentina, nama Maradona begitu sinonim kepada rakyat Argentina kerana bagi mereka, Maradona adalah Argentina dan Argentina pula adalah Maradona. Aku pulak tak ketinggalan menjadi sebahagian daripada Argentina kerana sejak dari bangku sekolah lagi aku menyukung pasukan Argentina setiap kali demam bolasepak World Cup melanda seluruh dunia. Jangan marah ye penyukung England, kerana aku tahu yang sampai sekarang penyukung England begitu marah dengan insiden ‘Hands of God’ dan tidak boleh lupa dan menerima kehebatan ‘Greatest goal of all time’ yang juga dijaringkan Maradona ke atas England pada World Cup 1986. Korang kalo nak tengok apa insiden dan goal paling cantik itu sila terus klik kat sini. Opsss sebenarnya aku nak citer benda lain dan tak berniat nak mengguris hati dan perasaan fanatik Englad kat sini..ekeke. Kelmarin media menghebahkan perihal Maradona yang akan dilantik menjadi jurulatih pasukan kebangsaan Argentina menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2010 di South Africa. Perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia di mana Argentina bertemu Chile dan kesudahannya Argentina tewas 0-1 lalu dengan serta merta jurulatih terdahulu Alfio Basile meletak jawatan. Persoalannya sekarang, Maradona yang mempunyai rekod+pengalaman sebagai jurulatih yang singkat dan kurang berjaya, mampukah dia mengemudi pasukan muda Argentina melayakkan diri dan seterusnya menjuarai Piala Dunia 2010? hanya Lionel ‘The New Maradona’ Messi and the Gangs yang akan menentukan.
Go Go Argentina & Leo Messi
Posted by

Halym
Posted on
October 31st 2008
Filed under
Uncategorized
Tags
Pengalaman bermain tidak boleh disamakan dengan pengalaman melatih , lebih lebih lagi pasukan kebangsaan Melasia.. eh eh eh.. Argentina.
Kedudukan Argentina pada rank yang ke 7 dunia akan memberi tekanan kepada Maradona untuk mengekalkan kedudukan di rank dunia.
Hakikatnya dia tidak mampu mengendalikan pasukan yang sebegini besar.
Psstttt :
(Fakta berdasarkan penulis penyokong fanatik England ha ha ha)
[Reply]
sebenarnya perasaan aku bercampur baur (cheeeeewaaahhh)
aku rasa Maradona lebih baik duduk kat kerusi penonton memberi sukungan macam selalu daripada dia menjadi juruletih, walaupon kebanyakkan player Argentina menyanjung tinggi dia, tapi aku setuju pendapat en hashim yang pengalaman bermain tak sama kan, apapon syukur lah kita terpaksa bermusuhan…hahahaha
[Reply]