Restoran Ayam Kampung

Restoran Ayam Kampung ni baru je bukak kat area rumah aku, kat lokasi rumah kedai yang baru di buka. Tak perasan pon memula, tapi Encik Tabah Syazwan yang mewar-warkan dalam rancangan Singgah Sahur. Siapa Tabah tu? ooo dia pengacara tetap Scoreboard TV3 dan sekarang telah mengacara pelbagai program TV3. Kebetulan pula dia adalah jiran setangga aku.
Tanpa prejudis, aku dan puan dengan segera singgah pada suatu petang untuk mencuba. Inilah dia hidangan berbuka aku dan puan yang dibeli beberapa hari yang lepas. Istimewanya restoran ini hanyalah ayam jenis kampung saja, puan membeli gulai ayam, sup ayam dan goreng ayam. Malangnya masakkannya tidak sama sekali memuaskan hati aku, rasa hampeh sekali. Kalau aku boleh pinjam istilah GAGAL, itulah dia namanya, langsung tak menepati citarasa. Gulai ayam kampung sepatutnya dimasak dengan masakkan lemak cili api, tapi ini bukan ayam gulai masak lemak, tapi masak gulai ntah hape hape. Inilah kesilapan peniaga sekarang, aku tak pernah dengar ayam kampung dimasak serupa kari atau lebih kejam lagi perasa asam pedas.
Zooming dekat sikit membuktikan yang gulai dimasak secara hentam keromo. Bawang putih potong besar gedabak, dengan cili besar merah yang tidak hancur (mana cili api?) Pulak tu dengan takde rupa kunyit yang ditumbuk, kaler pon dah membuktikan gulai ni macam di letak serbuk perasa oren. Ayam memanglah ayam kampung, tetapi masakkan dinodai oleh sifat asalkan masak boleh di hidang. Cisss ade ke diaorang hanya memikirkan keuntungan sedangkan tiada kualiti pada bahan jualan? Aku bukan cerewet (cerewet ke?) tapi tanya la memana orang Negeri Sembilan mesti derang marah kalo derang jumpa lauk semacam ini.
Ayam kampung yang digoreng kosong. Takde mood aku menengok, apelah salah dilumur cili padi ke sikit, letak sedikit bebola bawang dan cili besar yang dihiris tipis. Nasib baik aku tengah lapar, aku makan ayam goreng ni jer, yang gulai tu aku tak usik, dok ader lagi dalam peti ais dengan seketul peha yang masih tertonggok. Ini yang pertama dan terakhir ler aku pergi restoran ni, kot terbaca tuan punya restoran, mati blog aku kena ban..ekeke.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...