Nasi Padang ‘best’ @Sogo

Dah banyak kali cerita, tapi masa aktif dalam forum dulu, tentang nasik padang+ lauk yang sedap sangat, bagi aku laa..memang famous bagi siapa yang tau. Terletak dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman betul betul mengadap Sogo. Errr..tau ke tak Sogo kat mana? mana laa tau kan, duduk kat Ipoh, belajar kat Penang, lepas tu carik makan pulak kat Trengganu..itu contoh, hehe. OK, berbalik kepada citer nasik ni tadi kan, tengahari semalam singgah ler macam biasa lepas sopping kat Sogo, masa tu baru pukul 1:30 petang. Perghhh, punya la sesak kat situ orang membeli belah lauk pauk, ada yang bungkus makan bawak balik pun ada..orang Melayu kitaa lagik, tak malu ! Aku kalau tapau, suka nasik berlaukkan rendang ayam, pegedil dan sambal belacan, memang terangkat! (tapau depa bungkus daun pisang).
OK, bagi sesiapa yang nak mencuba (ni mesti Ammal akan tanya address nanti..hehe) gerai nasik padang ni sebenarnya dok ader dalam kedai kopi cina lama dan share dengan sebuah lagi gerai iaitu mamak jual rojak. Kalau keluar dari pintu depan Sogo menghala ke kanan jalan, pasti boleh nampak Capital Cafe ni sederet dengan kedai pakaian wanita yang banyak. Pukul 1:30 tu dah kira lambat la aku sampai, sebab rendang ayam dah habis, frust betul aku, tapi rendang daging dia pon boleh tahan sedap, aku tapau je lauk tu dengan pegedil dan kuah kuah sikit. Kalau hari biasa aku akan bungkus nasik dengan lauk sekali dalam tu, biler sampai rumah , lagi sedap pulak biler makan. Macamna aku tau pasal nasik padang ni? ooo asalnya opis tempat kerja puan Anne selalu order sekali banyak (40 bungkus) untuk jemaah surau, biler ada ceramah atau majlis tahlil. Kadang kadang puan tak makan, dia simpan bawak balik kasik aku makan..hehe.
Tak sah kalu aku tak cite pasal sopping raya kan? Tapi kali ni aku tak ambik gambo baju baju yang aku beli untuk budak budak. Semua dok ader dalam plastik Sogo tuh, semalam tu pon kali kedua aku bertandang kat Sogo ni, sekali dulu waktu malam. Itu pon orang punya laa ramai, sebbaik separuh aku dah beli dekat Jaya Jusco One Utama. Leka dok beli baju budak budak, aku punya baju selai pon tak beli, ntah apa baju yang aku nak beli , aku pon tak tau nak beli baju macamana, macam takdek mood je tahun ni. Kan aku kena kerja tahun ni (huwaaa), so tak payah laa, pakai tahun lepas punya je lah kot, tak luak lagi rasanya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...