Splashing@Wet World

Aku sepatutnya ke Tambun The Lost World, Ipoh weekend lepas, pasal aku dapat beberapa tiket free tajaan Berita Harian. Tapi memikirkan jarak yang agak jauh dari rumah, dicampur dengan kadar tol dan kenaikan harga minyak, aku pendamkan ajer keinginan dan tiket itu. Lepas pendam aku buang kat tong sampah..hahaha. Tak berbaloi rasanya kan, dan kebetulan dihari berkenaan, mungkin terlalu ramai orang dan aku tak mau bersesak sesak dan lagipon aku hanya ada sehari cuti. Anne pulak dah berjanji dengan anak2, congak punya congak balik, last last aku bawak budak budak ke tempat mandi paling dekat iaitu Wet World Shah Alam.
Happy jugak budak budak ni mandi manda, sian cuti sekulah tak buat apa. Si Danish yang putih sampai hitam kulit dan berbelang badan dia berikutan cuaca yang agak panas hari tu. Aku pulak sempat boleh tertidur dekat bangku menunggu derang mandi manda..hahaha. Selalunya aku mandi sekali dengan budak budak ni, ntah apsal aku rasa malas betul nak salin, badan aku rasa sakit sakit, main badminton punya pasal ler ni. Lepas tu yang buat aku frust, camera yang aku bawak, memory card takde pulak kat dalam tuh, aku cabut card dan ia terlekat kat pc usb port, geram betul rasanya. Tu yang guna PDA punya camera macam hape ntah. Oh ya..aku rasa kalau aku pergi balik Ipoh mau dekat 3 ratus duit aku melayang, nasib baik selamat duit aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...