Perisai Pinggan

Sesaja aku selak gambar lelama, terjumpa pulak gambar ini yang aku ambik secara candid. Kalo tak silap tahun lepas ni, kat rumah orang tua kat Batu Arang. Jangan tanya sapa makcik ni, sapa lagi kalo bukan emak aku..hehe. Spontan je masa tu dia amek pinggan buat penahan pedih mata sambil tangan laju menumbuk. Aksi ni aku rasa aksi emak paling stylo penah aku rakam. Lagi beberapa hari je bulan puasa menjelang, setiap kali puasa mesti kita terkenang masakkan emak yang sedap tu kan? tak sabar rasanya. Orang negeri memang terkenal dengan masak lemak cili apinya. Setiap kali memasak pasti ada aktiviti menumbuk lada, kunyit dan bawang di dalam lesung, dan semestinya lesung dan batunya tak dapat dipisahkan. Ada gak la sekali dalam tempoh 10 tahun agaknya aku penah tulung emak tumbuk cili dalam lesung ni, tapi memang buleh tahan gak pedihnya mata ni..hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...