Masjid Kota Damansara

Terkini:- Jumaat 29 Ogos~ Dengan rasminya hari ini solat jumaat pertama difardhukan di masjid baru, dengan jumlah jemaah yang memenuhi setiap ruang masjid dan jalan yang begitu sesak di sekitar ketika selesai solat. Gambar ni aku ambil ketika aku sampai pada pukul 12:55 tengahari tadi. Nampak tak moto racing aku park celah kereta tu..hehe.
Alhamdulillah, menjelang puasa ni, kami seluruh penduduk kesemua seksyen Kota Damansara akan menikmati masjid baru yang sudah hampir siap sepenuhnya. Fasa terakhir berupa infrastruktur sekitar kawasan masjid sedang giat dijalankan. Gambar ini aku ambil sebulan yang lepas, masjid ini terletak di seksyen 5 berhampiran pusat bandar, iaitu seksyen 6 di mana aku tinggal. Cantik masjid ni dan pasti mampu menampung jumlah jemaah yang semakin ramai mendiami Kota Damansara. Selama 7 tahun aku menetap di sini, kami terpaksa menggunakkan surau Al-Falah seksyen 6 yang digezetkan JAIS sebagai tempat untuk bersolat Jumaat. Suasana agak sesak setiap minggu dan kebiasaannya aku bersembahyang di luar surau dengan membawa sejadah sendiri dari rumah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...