Ujang idola aku semasa zaman persekolahan dulu. Aku kenal dari mula Ujang berkarya dalam majalah Gila Gila hinggalah terbitnya koleksi Aku Budak Minang dan Majalah Ujang. Aku tak pernah miss untuk membeli Gila Gila dan Ujang dan kadang2 terpaksa mengumpul duit belanja sekolah ataupon terpaksa tipu mak nak beli buku. Betapa klasiknya lukisan Ujang kerana setiap satu kartun dan cerita itu sangat sinonim dengan kisah kehidupan masa lampau aku. Walaupon sepanjang zaman kecik hingga bersekolah dan dewasa, aku berada di bandar, tetapi setiap kali musim cuti penggal sekolah, emak akan hantar aku balik ke kampung dan dari situlah aku mendapat pelbagai pengalaman dan kenangan menarik sebagai budak kampung. Sama seperti apa yang Ujang lukis dan ceritakan di dalam karyanya, cuma bezanya Ujang memang pure budak kampung, kebetulan kampung Ujang begitu dekat dengan kampung aku, nostalgic sungguh..
Ujang menempa nama sebagai pelukis paling terkenal dan berjaya di zamannya iaitu sekitar era 80an. Dia pernah cerita yang dia untung sekitar 100,000 ringgit setiap bulan dari jualan majalah dan pelbagai cenderamata ketika zaman kegemilangannya. Takdir menentukan, lewat 90an dia ditipu rakan seniaga dan yang paling dikesalkan Ujang tidak mendaftar hak cipta setiap satu karyanya yang membuatkan Ujang dinafikan hak sehingga jatuh muflis. Kesian Ujang, sekarang ini Ujang mula mebina semula kariernya secara perlahan lahan setelah jatuh bedebuk. Kini Ujang kembali aktif melukis kartun dan potret dekat Central Market. Walau apa yang berlaku , aku tetap memberi sokongan buat Ujang untuk kembali dan percaya setiap satu yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Rindu betul nak baca kisah Aku Budak Minang..huhu
Posted by

Halym
Posted on
July 22nd 2008
Filed under
Uncategorized
Tags
sedikit bengang bila teringat majalah ujang. gila gila, batu api & gelihati punya collection yang dipinjam oleh kawan2, anak jiran, anak buah yang akhirnya dibuat harta mereka…. juga kepada apek surat khabar yang secara secret2 pack majalah masa mak aku jual surat khabar lama…. Akibatnya aku bocorkan tayar motor apek tersebut
[Reply]
dari kisah aku budak minang, tiga dara pingitan hingga ke usop sontorian. sumer aku minat….
pernah jugak aku terbaca yg suatu ketika dahulu selepas kejatuhan si ujang, dia mengalami gangguan psikologi… kesian kat dier.
aku jugak peminat setia ujang. selamat berjaya ujang…
[Reply]
hmmm…maner la ader lagi,koleksi Aku Budak Minang aku pon dah lesap di telan zaman..
Lerr..Encik Hashim ader kes juvana ke dulu..muahahaha
Boy, budak N9 kalo tak kenal Ujang memang poyo ler..biasa ler tuu..dah bisnes hancur, life pon hilang laa..sebbaik Ujang tak terus lenyap..hehe
[Reply]
aku zaman skolah, memang tak penah miss beli majalah gila2 neh..jiran sebelah umah aku pinjam wat rete…tensen aku…
halym..aku nak tanye ni..dahtu, majalah UJANG yang ado kat kedai mamak la ni tu, bukan dia punya ke?…la nie, aku dah kurang beli majalah tuh…la nie, aku berkecimpung gan komik plak..ekekeke…
[Reply]
ensem btol la gambo ko tu cuke..hehe
yo lah, Ujang telah dinafikan hak penciptaan, dia tak wat copyright reserve..karya dia, tapi hasil orang lain yang pulun..kawan dia senirik, kira kawan makan kawan laaa..
[Reply]
salam… aku pon minat gak… tapi yg version2 terawal dulu yg paling best… sejak aku diperkenalkan ngan buku bersiri tamar jalis trus aku beralih minat ker citer2 tulisan tamar jalis… siri bercakap dgn jin yg pernah berada di carta teratas slama beberapa tahun ;o)
vectorism-reporting from sabah ;)
[Reply]
Oit Ujang oii..sempat merepot dari Sabah..hehe
[Reply]
aku memang hensem..ekekeke….
halym..ujang pong masuk gak ke blog tak best ko neh?…
[Reply]
ek elle..hello??
Ujang peminat numbur WAHID blog aku okehhh…hehe
[Reply]