Hang Tuah kena smack-down

Ingat lagi dengan budak Firdaus ni? kalau tak ingat, dia ni pemenang pingat Hang Tuah pada tahun 2006. Kisah dia ni ada dalam blog lama aku, sila klik sini. Baru baru ni aku pergi rumah dia, ziarah babah dia yang tak sihat, lepas tu pulak melawat akak dia si CT ReDaH JeW tu admitted kat hostipal Pusrawi, si CT ni pulak baru seminggu lepas Orientasi kat UiTM dah kena batu karang, tepaksa la operate. Berbalik kepada kisah Hang Tuah kita ni tadi, dia yang sekarang ni bersekolah asrama penuh Sg.Pusu Gombak, tajaan kerajaan negeri Selangor, terpaksa dikejarkan ke spital gak, kerana dengarnya terlebih gurau dengan kengkawan, lalu jatuh tergolek dan patah jari kelingking. Tak pasal pasal dah berbalut tangan tu haa..dah payah nak menulis dan makan. Aik? tak berkesan ke ilmu kebal yang ko belajar kat Gunung Ledang dulu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...