Impian Terlaksana III

Dah puas bergelumang dengan handphone jenama NOKIA dan Motorola. Sampai aku tak terlarat lagik nak mengikuti model demi model yang terbaru, dah muak rasanya. Kali ni sampai masa untuk beralih kepada PDA pulak. Dari tahun lepas lagi aku mengidam XDA dari jenama yang sama iaitu O2. Aku cuba riki HTC, iaitu penjenamaan semula daripada Dopod, nampaknya aku lebih tertarik dengan O2 Atom Life ni. Untuk tahun ini juga, azam untuk mendapatkan 2 benda utama untuk diri aku telah tercapai, iaitu motor dan PDA. Alhamdulillah syukur, walau rege minyak naik, tapi impian tetap impian..ekeke. Kena kerja keras ler lepas ni, ada OT kena balun kaw kaw sampai lebam..wakaka. Lepas ni jugak aku takde nak impikan apa apa sehingga hujung tahun. Taktau la kalau ada pape yang menarik selepas ini, mungkin Kawasaki Ninja 250R yang baru sampai Malaysia? siapa tahu aku akan berusaha untuk mendapatkan..?? GILA !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...