Good Luck

Selamat berjaya buat anak buah aku CT ‘ReDaH jEw’ yang akan daftar masuk ke UiTM Puncak Perdana, Shah Alam, hari ini. Pakndak doakan CT teruskan tradisi kecemerlangan pak pak sedara CT yang terdahulu (kecuali pakndak) ke menara gading dan pulang dengan segulung kejayaan bagi memacu masa depan yang lebih gemilang InsyaAllah. Jangan jadik macam pakndak yang belajar ala ala jew dulu..ekeke. Sila bersaing dengan BURN yang dah dekat sebulan mandom kat Matrik Melaka tuu..hehe.
Juga buat adik ipar ku Ejan (Yusrizan) yang akan berangkat ke Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Alhamdulillah, tak sia sia segala nasihat yang penah abang beri pada Ejan. Masa depan amat penting untuk dipikirkan dari sekarang dan InsyaAllah ia takkan sia sia. Timba ilmu sebanyak mungkin dan pulang dengan membawa kejayaan buat ibubapa bangga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...