Terbang $$ lagik..

Entry ni untuk Encik Beskut supaya dia tak sakit mata lagi..ekeke.
Nampak tak tu? amende tu? tu ekzos kete laa..ekzos kete aku ler tu, kete sapa lagik? aku tepaksa guna tape lekatkan kat bumper untuk
sapot supaya tak tertanggal dan jatuh tengah jalan..mencikk!!

Iskk..len macam je ghopenya kan? (Bes..ko jangan pikir yg bukan bukan) hehe..ok, masalahnya di sini ialah muncung ekzos ni dah tertanggal dari pangkal tabung ekzos tu..ada paham? ia disebabkan oleh masalah karat dan reput kat bahagian dalam dan penyambung luar yang terpateri tu, kata pomen bengkel laa..aku bingung sebenarnya..apekah??

Ooo..aku diberitau kengkawan sejenis (yang pakai Gen.2 laa..) Ekzos cepat reput ni memang penyakit sejak azali pada setiap kete Gen.2, so tatak helan laa yang mende ni terjadik. Encik Aboy mungkin leh explain detail kenapa dan mengapa. Pengalaman aku pakai Wira pulak selama 6 taon takde pon cepat jahanam menatang neh. Pagi pagi buta aku dah tepacak kat workshop cadang nak soh depa pateri jek tapi pomen lak beritau kena tukar satu set ekzos yang baru kerana kerosakkan tadi tu tak buleh nak just pateri balik dan hasilnya tak akan tahan lama, paling lama pun hanya sekali perjalanan dari KL ke JB jer, dia akan reput balik. Then pomen juga mencadangkan supaya aku tuka plak jenis stainless steel..baikk punyaaaaaa…hehe.

Taukey Cine, pekerja Mat Bangla ni jer, aku perati dia wat keje sambil amek2 gambar. Pelik dia tengok aku plak, dia taktau aku ader blog kot. Tu yang serius jer dia buat pastu suka plak aku snap gambo dia. Pasang ni pon tak sampai 15 menet dah siap.

Dah siap pasang ekzos baru stainless steel berharga $250. Sebenarnya aku nak bagitau kan, toksah GATAL la nak tuka kete lain selagi kete ni elok buleh pakai lagi n takde pape masalah. Aku rasa Gen2 ni majuk dan buat hal satu persatu pasal dia dengar kot sejak dua menjak ni aku dok borak2 dengan Anne nak tuka kete Porsche Carrera GT3 Turbo..ekeke.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...