Aduh..sakiitt
Aku leh tiba tiba sakit kepala teramat sangat dan demam panas Jumaat malam Sabtu ritu. Aku hengat kena debu tuju tuju ke hape kan, tapi biler fikir balik, memang aku rasa tak sedap badan sejak hari Selasa lagik, tengahari Selasa tu terkena hujan separuh separuh. Petang tu semacam kena sampuk bile aku dok kat satu sudut tiba2 pale aku berdengung dan telinga aku berdesing. Persis takdak graviti kat situ dalam tempoh beberapa saat. Heran aku, malam tu pulak aku tak buleh tido sampai sudah, macam ader gangguan, tido tido ayam resah kepanasan. Aku tak tau nape. Hari Khamis pale aku sakit mild mild je, pergi gak keja walau badan tak berapa sedap, masuk hari Jumaat menjadi2 pulak sakit pale dari pagi, lepas semayang jemahat aku telan panadol pastu tido. Dalam pada tak sihat ader plak kawan nak banjer makan malam tu. Aku gagahi pasal rugi manyak tau kalo tak pergi owang banje makan, Aku punya la lapa masa tu, pasal kawan aku mai lambat, aku bedal la dulu berpinggan pinggan tanpa henti sehingga sejam barulah kawan aku sampai. Punya la kenyang + letih + sakit pale, aku balik dari makan tu sampai umah rasa my legs cannot stand my body dah, macam nak pecah paler dan suhu badan naik mendadak. Tak bole tido aku malam tu, pagi Sabtu bangun makin sakit pale ni tak tertahan terus gi klinik jumpa dokter mintak jap & bebrrapa ketika lega sikit sakit pale. Patutnya balik berehat, tapi tepaksa pulak pegi tengok sukan Nisa’ dan nasyid Nadhirah di 2 tempat yang berbeza. Mak aii exhausted sungguh sampai tak lalu nak makan dan malam tu aku kena gastrik yang teruk pulak, aduhhhh…nak bukak laptop pon tak lalu…