Selingkar kisah..

Lama tak menulis merangkap tak membuat apa2 entry. Entah kenapa, tiba tiba hilang mood dan kekeringan idea hanya kerana tersentapz tak tentu pasal. Tapi itu tak menjadi masalah kerana aku dah kembali dah ni. Terlebih dahulu nak ucapkan selamat kembali jua buat Ajipp yang telah semula mem’blog seminggu lepas sejak menggantung blog 2 bulan yang lalu. Bukan sedikit pengorbanan yang aku lakukan untuk membuka lembaran baru seperti ini dan aku harap Ajipp akan lebih matang selepas ini untuk menghadapi segala dugaan dalam dunia blog dan aku juga pernah melalui saat saat down seperti itu baru baru ini. Berdiam kadangkala lebih baik dari segalanya..

Buat Uncle, saya minta ampun beribu ampun kerana tidak menjawab panggilan dan membalas text messages. Waktu itu fikiran saya agak cencaru dan saya perlukan ketenangan buat seketika. Saya tahu yang Uncle faham dengan keadaan saya berkaitan hal hal yang ingin Uncle bincangkan. Saya amat tidak bersedia ketika itu dan elok kiranya kita bincang itu kemudian. Saya nantikan panggilan Uncle seterusnya…Sempat juga berjumpa dengan Beskut beberapa hari yang lepas dan aku mintak maaf banyak2 sebab terlewat, aku bukan sengaja, tetapi hari tu penuh jadual aku dan ambil kesempatan yg ada untuk singgah berjumpa ko dan kau sanggup pula menunggu. Terima kasih. Oh ya! Malam minggu yang lalu sempat aku bersama managers Fantasy Football mengadakan BBQ dekat opis..lainkali aku cerita pasal itu beserta gambar, tak bawak kamera aritu dan sibuk membakar, sampai lebam muka aku..(tak ikhlas ler tu)

Agak sibuk minggu lepas sebenarnya, banyak benda yang harus ditumpu dan beberapa perkara lain yang perlu diuruskan. Walaupun begitu aku tetap membalas setiap mesej di dalam shoutbox. Tak gitu? Err..tanggal 13 February yang lalu aku sepatutnya meraikan ulangtahun ke 2 blog halymdanish. Kenapa tidak aku membuat apa2 entry untuk itu? tidak ada sambutan annivesary? tidak ada entry khas berupa kek macam selalu?..(Ek elle tanya diri sendiri pulak?) Akulah yang punya jawapannya. Maaf, aku tak bisa berkongsi, cukup hanya curahan rasa. Lupakan…..walaupon begitu aku cukup berpuashati dengan kesinambungan blog yang ada hari ini kerana walau halymdanish pentas pertama aku mula mengenali dunia mem’blog, Anjungcecawi sekurang kurangnya merupakan transformasi bagiku dari gaya memblog yang ala ala kepada yang lebih baik dan matang, setuju? tak setuju tak apa..

Buat Abang yang baru memasuki dunia mem’blog, harapan saya abang akan lebih produktif. Rugi tau bang, sebab nama abang dah terkenal seluruh pelusuk dunia since saya war-warkan blog abang dalam blog saya. (ek elle eksen la pulak) Walaupon begitu ingin aku tegaskan di sini, aku memblog hanya untuk suka suka dan mengisi masa lapang saja. Tak terfikir pon untuk jadi terkenal atau glamer. Minat juga memainkan peranan penting dan aku harap blog aku akan diwarisi suatu hari nanti. Di kesempatan ini, ingin aku mengucapkan selama berjaya buat Qatar, yang menyertai Blogger Mania 2008. Buat masa ini belum terlintas untuk aku bertanding dalam mana mana pertandingan memblog kerana aku belum berani dan merasakan blog aku belum cukup bagus dan mantap. Aku tidak pandai menulis, apalagi mengupas sesuatu isu yang ditugaskan, ngeri ooo…(eleh, dah takde bakat cakap je lah)

Errrmm..rasa nak kena tukar dah template ni kan? Ye lah undian pon tak memihak kepada aku, so perlu la aku mengikut kehendak majoriti. Tapi sabar sikitlah, template pilihan dah pon ada, cuma proses untuk menukar template tu agak rumit dan perlu untuk aku save banyak coding yang secara otometiknya hilang. Agak komplikated dan itulah yang pernah aku lakukan di sini dan melakukan untuk sebuah blog lain yang agak usang..ekeke. Bagi aku penampilan penting selain isi dan penulisan untuk menarik minat pembaca. Hehe..hari itu aku sengaja memilih latar template sementara yang agak meyakitkan mata korang supaya aku dapat menilai sejauh mana blog aku diterima dan seramai mana pembaca setia. (betul ke? alasan je kot?) Alhamdulillah, aku bersyukur setakat ini kerana bukan mudah untuk rupanya membuat kesinambungan dari blog lama ke baru, pelbagai proses yang rumit terpaksa aku tempuhi terutama menarik kawan kawan lama dan ianya agak meruntun perasaan.( hek elle..guna ayat meruntun..geli)

Seperi semua maklum, 8 March merupakan hari kita semua membuang undi dan pada tarikh itu juga aku akan berjalan jauh iaitu menyertai rombongan cik kiah. Adik ipar akan menikah dengan pasangan pilihan hati dekat satu destinasi yang agak jauh iaitu Penggerang, Johor berhampiran kawasan yang dinobat sebagai penghujung Asia. Tarikh pernikahan telah ditetapkan sejak tahun lepas, dan tarikh mengundi ini pula baru saja diumumkan. Kami menjadi serba salah dan pening kepala sekarang. Kemungkinan pada hari tersebut orang sangat sibuk dan jalan agak sesak dan pula makcik2 dan mak nenek pengiring mesti nak mengundi punya kan? Lambat lah nanti gerak gamaknya..Itu yang merisaukan..(betul ke adik ipar yang kawen tu ke???….hehe)

Hmmm..jumaat malam yang lalu, sempat tengok gelanggang Raja Lawak, dua minggu aku tak komen pasal Nabil kan? sebab 2 minggu itu agak hambar persembahan beliau. Jadi lebih baik aku tak komen apa apa. Tapi minggu ini dia agak menyerlah dan dari kedudukan ketiga dia naik semula ke tangga pertama. Aksinya cukup menghiburkan penonton malam itu dan aku tak henti2 gelak dengan lawak selambanya. Peserta lain pula tak berapa nak menjadi dan kalau ada pun saingan terdekat Nabil hanyalah kumpulan CHAM. Hehe..terubat hatiku sepanjang minggu yang lalu..

Eh eh..panjang dah menulis..kata tak pandai menulis ye? penat dah menulis, ada plak yang menyampuk tu, nanti pula aku tak suka orang baca tebuk tebuk sebab bosan dengan apa yang aku tulis, hehe..Sampai sini saja dahulu ngomelan panjang, saja je aku nak test seni menulis yang baru aku pelajari, dulu masa mula meblog, aku kena kritik hebat sebab asik tepek gamba saje. Sekian

Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...