Langit Terbelah d Ufuk Barat..
Imej yang ku rakam di suatu senja dari balcony rumah bernama Anjung Cecawi..Jika berkesempatan aku akan selalu melepak di sini melihat mentari terbenam,sungguh indah panorama ciptaan Allah S.W.T,tak dapat nak digambarkan dengan kata kata..Telah banyak imej ku rakam di sini dari pelbagai bentuk dan irama,telah ku simpan semuanya buat koleksi peribadi.Ku gelarkan imej kali ini sebagai ‘Langit Terbelah’.
Begitulah terbelahnya hatiku sekarang….lara.
Hadis
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Apabila seseorang dari kamu berada dalam keadaan tasyahud, dia hendaklah memohon perlindungan kepada Allah dari empat perkara dengan berdoa: ?????????? ?????? ??????? ???? ???? ??????? ????????? ?????? ??????? ????????? ?????? ???????? ?????????? ???????????? ?????? ????? ???????? ?????????? ??????????? Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu dari seksaan Neraka Jahanam, dari seksa Kubur, dari fitnah semasa hidup dan selepas mati serta dari kejahatan fitnah
Hadis
Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah.
Hadis
Rasulullah s.a.w bersabda: Akan terjadi berbagai fitnah, di mana pada ketika itu orang yang menjauhi fitnah lebih baik daripada orang yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik dari orang yang berjalan, manakala orang yang berjalan lebih baik dari orang yang melibatkan dirinya dengan fitnah tersebut, orang yang terlibat dengan fitnah tersebut akan mengalami kehancuran. Sesiapa yang menemui tempat berlindung maka hendaklah beliau berlindung dari fitnah tersebut.
Hadis
Demi Allah aku merupakan orang yang paling tahu di kalangan manusia tentang semua fitnah yang akan berlaku antaraku (ketika Huzaifah mengeluarkan kata-kata) sehinggalah berlakunya Kiamat. Aku tidak tahu (tentang fitnah) melainkan Rasulullah s.a.w telah memberitahu aku sesuatu secara rahsia dan baginda tidak memberitahu perkara tersebut kepada orang lain tetapi Rasulullah s.a.w telah memberitahu (tentang fitnah) ketika Rasulullah s.a.w memberi ucapan dalam satu majlis yang aku turut menghadirinya. Maka Rasulullah s.a.w bersabda untuk memberitahu bilangan fitnah. Di antara fitnah-fitnah itu terdapat tiga perkara yang tidak memberi sebarang kesan dan di antara fitnah itu ialah fitnah-fitnah yang diibaratkan seperti angin di musim panas, ada yang kecil dan ada yang besar
sumber hadith dari www.al-islam.com