Boss aku Jeffri memang GILA! hahaha..selamba aku cakap dia gila..gila apa? GILA moto..wakakaka. Ampun bang Jeff,mati aku kena memo kang..Kenapa? kerana dia baru membeli superbike keluaran baru 2008 Kawasaki Ninja ZX-14. Peminat superbike mesti tau apa kelebihan moto ini. Nak tau? sedikit yang aku tau..Most powerful bike in the world,The biggest production bike in the world dan A bike running with a car engine. ZX-14 ni berkuasa 1400cc. Harganya pula RM87K. Kalau dah minat cemtu laa..sanggup ooo. Lagi pon abang Jeff kita ni kan tinggi taste dia,katanya dia tak mau menoleh ke belakang dalam bab performance bike ni.Heh..eksen la pulak,camne pon aku saspek ah..hehe.
Amacam? ada gaya tak? bukan bodek ni tau bang..tapi aku tompang bangga gak. Ingat entry terdahulu? klik sini. Masa tu kan dia pakai Honda CBR1200.Tak puas hati agaknya dengan CBR yang aku rasa dah cukup besar dan power tu,tiba tiba je dia jadik angau tak tido malam biler moto ni baru menjengah market. Aku hengat dia memain jer nak sambar, Tup Tup kuar sejibik..tekejut katak aku..Err..bang,nape tak pakai kasut baru SIDI tu? ermm…biler nak pakai jeket kulit? dengarnya hari tu sempat cecah 200 km/j ? fuyooo..saspek giler ah..Ke tak laju lagi tu bang? Speedo meter tu kan leh sampai 280kmj? ekeke.
Aku paling suka pandangan sisi dari belakang ni. Nampak BRUTAL dan GEMPAK.
Ehem..ehem,tak sah kalau aku tak mencuba..Tak percaya? Perghh..aku macam terbang sekejap,nasib baik tak melayang..ekeke.Kat mana nak dapat cuba beb,walaupon aku tak rasa aku akan memilikinya,tapi dapat test-power sudah memadai.Sempat juga aku tarik throttle kasik zuuupppp..,lepas aku tongkat,terasa lutut aku menggigil sekejap,moto orang beb,takut rebah pulak tak larat aku nak angkat..hehe. Anyway,maceh ye bang Jeff kasik try.Nanti sat..aku nak pikir balik,aku dah lama ngidam easy rider bike yang bigger capacity,mana tau aku mungkin beralih angin kepada superbike pula? hanya masa yang akan menentukan! hehe.
Posted by

Halym
Posted on
January 30th 2008
Filed under
Uncategorized
Tags
Wuiiisshhhh… Lawa tuuuuu! Tapi apakan daya… mamat low profile ku, tak mo beli & bawak awek dia naik moto besar :(
[Reply]