Weekend yang Segera..

Semalam aku sepatutnya bawak kedua orang tua balik ke kampung berjumpa nenek sambil sepupu perempuan aku melangsungkan perkahwinan just sebelah rumah nenek.Abah dan Mak dah sampai rumah aku lewat petang Jumaat dimana Abah memandu sendiri.Tapi sebelah malam tu mak mengadu sakit kaki dan kepala,almaklum mak baru je kena hangkut ke Port Dickson dan Bandar Hilir Melaka dalam minggu yang sama.Aku dan mak telah berjanji untuk balik ke kampung sejak sebulan yang lalu.Tapi apakan daya,mak minta dihantar ke klinik.Pagi Sabtunya kami ke klinik dekat Sentul.Sambil mak menerima rawatan (ditemani abah).Aku sekeluarga sempat mengsoppingkan diri ke Yaohan The Mall selama sejam dua..ekeke.

Kami yang kepenatan lepas berjalan jalan kat The Mall ambik keputusan makan kat kedai je tengahari tu selepas selesai mak menerima rawatan.Lewat petangnya adik pulak datang sekeluarga.Takde pape lauk kat umah,aku call je Pizza secara hotline..hehe.(saja nak kasik Anjang jeles) Masa tengah makan ni Anjang sibuk calling2 dari Pinggiran Batu Caves berparti 3 keluarga kat sana sambil ngajak join ceramah Ust.Hassan Ali + Hindraf..ekeke.

Tak penah tengok ke?

Petang tadi,abang Long pulak sampai sekeluarga lepas Zohor,alamak! lauk dah habis!! Tanpa berlengah aku pergi pulak ke KFC berdekatan,order set COMBO A (15 ketul+kobis dan kentang lenyek) dan 5 pieces plate.Maceh bang bawak goreng pisang dan nasik lemak dari Tampin.Aku yang sepatutnya pi keja tengahari tu,melencong ke klinik jumpa doktor ambik MC..ekeke.

Ni lagi nak kasik Anjang jeles..hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...