Lunch@Seoul Bulgogi

Krismas hari tu kami anak beranak dengan seorang kawan pergi melantak dekat Korean Style Steambot ni kat Plaza Pantai.Tak plan pon memula,tapi sesaja je pergi bagi memenuhi masa cuti.Sepatutnya hari berkenaan aku ada family day dekat Desa Waterpark.Tapi aku yang kepenatan dan budak2 pon dah puas bermandi mandian,malas aku nak pergi.Alaa pergi pon mandi manda jer,lepas tu aku dengar cite terlalu ramai orang dan sesak kat situ.Cuma ralat pasal nama aku naik cabutan bertuah jer.Takpelah,dah takde rezeki nak wat macamana. Ohh..gamba yang sedang anda saksikan ialah dapur yang aku share dengan Nisa’.Aku sedang membakar ikan mentah dan sedang merebus fish cakes dan sosej.

Muka kawan aku tu terpaksa di hitamkan sebab dia sedang mengunyah ikan dan sayur sekaligus.Agak tidak elok rupanya ketika itu.Dia juga sedang memasak sesuatu di dapurnya sendiri (nampak macam karipap je dia rebus tu?) Dia juga meminum 4 gelas air seorang.Hmm..No Komen!

Nampak tak pinggan aku yang dah kosong tu? Aku sedang mengambil makanan mentah untuk memasak buat kali ke 3.Sedang Nisa asyik menumpang dapur aku memasak bersama.

Keadaan meja dan dapur berasap selepas selesai makan.Nampak seperti Nadhirah membaca doa tertentu sesudah makan.Alhamdulillah.

Sempat aku meng’snap gambar pinggan kawan aku.Nampak tak kepala dan misai udang bertaburan.Sebenarnya agak rimbun sisa2 maknan di pinggan itu,tetapi sempat dia meng’clearkan sebelum sempat aku mengambil gambar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...