Terima Kasih..
Dengan Nama Allah yang Maha Permurah lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah akhirnya aku kembali semula di arena memblog setelah sekian lama..lama?? Lama ke? Tentu la lama di sebabkan terlalu ramai..ramai?? ya..ramai yang merindui..rindu?? rindu ke? Tu laa..kenapa di cabut keterujaan aku memblog sekian lama..aku merajuk..rajuk?? memang aku merajuk dan hampir hampir untuk aku melupakan terus memblog dan menggantung keybod..Oh! tak perlu rasanya di ungkit apa terjadi..yang berlalu biarkan ia berlalu..Aku redhakan saja..
Kalau nak di ikutkan lama lagi harus aku berpikir pikir,menimbang nimbang keputusan untuk kembali,entah kenapa terlalu payah untuk aku menemui titik noktah..Dalam masa yang sama aku di asak dan di tekan oleh ramai orang kerana dengan tiba tiba sahaja aku membiarkan blog yang cantik lagi glemer itu lengai selengainya..Aku juga kerap di pujuk dan di bodek oleh seekor burung yang amat mengambil berat tentang bagaimana ruginya aku tanpa mempunyai blog..dan demi kawan kawan yang menyokong selama ini,aku akhirnya akur..
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Terima Kasih yang tak terhingga kepada Cik Dijah yang terlalu baik hati meng-sponsor sebuah blog yang sempoi dan aku berjanji untuk bermula semula dan menyambung segala entry tertunda yang rasanya dah sarat kat dalam kepala ni..Terima Kasih tak terhingga juga buat Cik Jentayu yang menyokong tanpa jemu selama ini..