Latihan for LIMA’07

Petang tadi aku dok menyaksikan latihan pertunjukkan udara di pengkalan TUDM Subang,tak jauh dari opis aku.Mereka ini peserta dari negara luar yang akan menyertai LIMA di Langkawi hujung minggu ini dan gah mempamer kemahiran masing masing membuat formasi tunggang tebalik menujah angkasa.Kawan aku sempat merakam beberapa aksi dari digicam dia dan sayangnya dia gagal untuk membetulkan catatan tarikh di dalam setting kameranya.Sila abaikan kesilapan itu.

Beramai ramai bak burung berkicau tetapi bunyik deruman enjin amat bingit kedengaran.


Formasi menujah awan bak kelopak bunga.
Dapat merakam secara dekat sebuah dari jet tersebut.
Melakukan tujahan ke bumi dengan kepulan asap berwarna warni.
Dapat juga merakam jarak terdekat..Macam perang dunia ke 3 plak..ekeke.
Tujahan atas ke bawah dengan formasi bersepai..
Yang ni terlebih tujah..kengkawan ke bawah..ekeke.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...