Juara Terbuka China!
Nak bangga sat la..Ratu badminton wanita kita si Wong Mew Choo,secara SENSASI menjadi juara Terbuka China semalam dengan menewaskan bekas pemain no 1 dunia iaitu Xie Xinfang dengan kiraan mata 21-16,8-21 dan 21-17 di perlawanan akhir.Sebelum itu Wong yang berada di kedudukan no 8 dunia menewaskan Zhu Lin (juara dunia) di suku akhir dan menewaskan Zhang Ning (Juara Olimpik) di separuh akhir.Wah hebat sungguh! Hebat sebab dia mengalahkan 3 pemain utama China yang ber-rangking 1,2 dan 3 di tempat mereka sendiri.Semangat begini lah yang harus di contohi ahli sukan Malaysia dan kita juga.