Giler apa aku?
Ni Kawasaki VN800 Classic.Dalam gambar ni dia agak kecik.Tapi kalau penah tengok ‘on the road’ dia sedikit bulky,tapi takla se-bulky mana,kalau dengan aku tu rasa cam dia besar sikit aje,sebab CC dia besar (800).Aku rasa inilah model yang aku inginkan.Aku pernah sebut nak sambar Honda Shadow600 kan? agak lama jugak memikir mikir,menimbang nimbang,adakah Shadow tu berbaloi dari segi rupa,harga,prestasi dan value di masa hadapan? Ermm..memandangkan Shadow agak berusia dan kemungkinan bermasalah dari segi teknikal,aku mengalih pula pandangan kepada satu lagi model yang sangat aku idamkan..
Aku nak beli motor baru,kalau nak diikutkan ketika ini,bila bila masa je aku buleh beli Yamaha RX-Z baru atau Super Kapcai Yamaha LC135,tetapi naluri aku tegar berkata kata,jiwa aku jiwa besar nan membara (hahaha)..aku pernah merasa,merasai gemilangnya menunggang moto CC besar..kepuasan tiada tandingan..perghh!!..Nak tau moto ni rege bape kalau brand new? RM56K beb! Ni tengah pusing pusing carik la ni kalau ada orang nak jual 2nd atas tangan,baru leh dapat murah sikit bergantung kepada model tahun bile.Apapon,masa yang akan menentukan..Kawan kawan sila doakan aku berjaya ya..! Gila kah aku??
tetap setia ngan honda shadow..
biar la dah tua bertongkat sok baru dapat..
huhuhu…
jom race bang..
[Reply]
errr..nama pon easy rider..no race race brother..ekeke
tp Shadow tak laju la jipp..hehe
[Reply]